Sunday, 20 July 2014

Kedai Mak Siti Sg. Acheh...

Assalamualaikum...

Apa khabar smua... sekarang ni kita dalam bulan ramadhan.. Selalunya la kalau kat kampung saya d Parit buntar ni kalau bulan puasa ja mesti glamor dengan kerang rebus. Dari Aida kecil sampai la sekarang memang dah jadi trending dah..

Makan di mana pun sama ja kerang rebus ni tapi yang membezakan cuma kuah nya sahaja.. Antara best dengan xbest je.. Dlu ada kedai di kuartes hospital tapi lepas kena roboh dah xtahu pakcik tu buat di mana.. Tapi sekarang pun dah bercambah dah orang buat..

Di Parit Buntar ni normally kerang rebus kami akan makan dengan kuah kacang.. Memang terangkat lah.. Memang gandingan yang bagus sekali hehehehe..

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni glamor pulak dengan kedai mak siti ni.. Al kisahnya mak siti ni bukan setakat kerang je yang dia sediakan tapi pelbagai jenis siput ada di jual..




Boleh juga nak order satu2 jenis.  Macam ni kami ambil satu set so semua siput ada.. Untuk satu set ni hrga dia rm50. Kiranya kedai mak siti ni yang bestnya kuah cicah dia tu..  memang mantop la orang cakap.. Puas ati.. Tapi nk mkn ni orang ramai nya subhanallah.. Jenuh tunggu n kena chop meja..


Ha ni senarai harga yang Aida sempat snap. Jenuh zoom sebab jauh hehehehe... Banyak juga juadah sampingan yang dia buat.. Tapi xtahu la lambat ke tak sebab tggu siput sampai pun mkn masa juga la sebab orang ramai kan..





Cuma kat sini agak kurang selesa sebab panas.. Kalut nk makan sebab anak gaduh panas.. Ada kipas tapi 2/3 ja tu pun xsmua orang kena.. Mencari juga peti cadangan kalau ada tapi xde.. Nak cadangkan kat mak siti ni pasang la kipas dinding tu kat khemah2 setiap penjuru supaya orang rmai yang menunggu hidangan sampai xla kepanasan n anak2 xbuat perangai..










Gambar tak berapa elok la sebab ambil dengan hand set dah tu cahaya pun kurang kan.. Handset cap ayam je pon hehehehehe.. selain siput kami order sotong kangkung juga.. tu pun dah habis siput baru sotong sampai.. Lepas remind lg sekali hehehehe... dah tak terlayan dah dorang pun xmenang tangan.





Sotong kangkung dia pun sedap.. So boleh la try kalau korang nak p.. Ni saja dulu ye.. Bye..

No comments:

Post a Comment