Assalamualaikum...
Lama rasanya tak menulis kat blog ni kan.. Banyak upload pic je hehehehe... Apa khabar wahai warga bloggers.. Harap semuanya dalam keadaan baik-baik belaka..
Baru-baru ni saya di beri berita yang amat saya tunggu.. Mengenai perpindahan suami saya.. Alhamdulillah berkat kesabaran kami sekeluarga akhirnya suami berjaya ditukarkan untuk bersama-sama kami di sini..
Masa susah baru kita nampak yang mana kawan yang mana lawan.. Masa susah boleh nampak yang mana yang tolong kita yang mana bersama-sama sabarkan kita.. Boleh nampak yang mana nak hancurkan kita yang mana ketawakan kita melihat kita tersungkur...
Tapi alhamdulillah berkat kesabaran kami dapat bersama semula.. Terima kasih pada semua.. Terima Kasih Bukit Aman kerana membantu.. Walaupun pembekuan agak lama kerana kes Lahad datu tu..
Bila dah keluar semboyan mengenai perpindahan... Alhamdulillah.. Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan kami.. Tersedu hiba selepas mengharungi dugaan yang begitu berat sepanjang perkahwinan kami selama 8 tahun..
Macam biasa bila dh dapat mula la yang hilang masa susah datang kembali.. Menagih minta belanja.. Hello... Yang tu je yang korang tahu tapi bila susah xe siapa pun nk datang sabarkan hati orang.. So sorry lah geng.. Tak berbaloi kot.. Bagus belanja orang yang sama-sama membantu saat susah tu.. Itu lagi penting.
So sekarang menanti dengan penuh kesabaran kepulangan suami tercinta ke pangkuan kami. Semoga tempat baru sayang membawa lebih banyak keindahan kebaikan... Kepada tempat lama terima kasih segalanya.. Kenangan yang ada akan diabadikan selamanya..
xoxo
No comments:
Post a Comment