Sunday, 20 July 2014

Kedai Mak Siti Sg. Acheh...

Assalamualaikum...

Apa khabar smua... sekarang ni kita dalam bulan ramadhan.. Selalunya la kalau kat kampung saya d Parit buntar ni kalau bulan puasa ja mesti glamor dengan kerang rebus. Dari Aida kecil sampai la sekarang memang dah jadi trending dah..

Makan di mana pun sama ja kerang rebus ni tapi yang membezakan cuma kuah nya sahaja.. Antara best dengan xbest je.. Dlu ada kedai di kuartes hospital tapi lepas kena roboh dah xtahu pakcik tu buat di mana.. Tapi sekarang pun dah bercambah dah orang buat..

Di Parit Buntar ni normally kerang rebus kami akan makan dengan kuah kacang.. Memang terangkat lah.. Memang gandingan yang bagus sekali hehehehe..

Tapi beberapa tahun kebelakangan ni glamor pulak dengan kedai mak siti ni.. Al kisahnya mak siti ni bukan setakat kerang je yang dia sediakan tapi pelbagai jenis siput ada di jual..




Boleh juga nak order satu2 jenis.  Macam ni kami ambil satu set so semua siput ada.. Untuk satu set ni hrga dia rm50. Kiranya kedai mak siti ni yang bestnya kuah cicah dia tu..  memang mantop la orang cakap.. Puas ati.. Tapi nk mkn ni orang ramai nya subhanallah.. Jenuh tunggu n kena chop meja..


Ha ni senarai harga yang Aida sempat snap. Jenuh zoom sebab jauh hehehehe... Banyak juga juadah sampingan yang dia buat.. Tapi xtahu la lambat ke tak sebab tggu siput sampai pun mkn masa juga la sebab orang ramai kan..





Cuma kat sini agak kurang selesa sebab panas.. Kalut nk makan sebab anak gaduh panas.. Ada kipas tapi 2/3 ja tu pun xsmua orang kena.. Mencari juga peti cadangan kalau ada tapi xde.. Nak cadangkan kat mak siti ni pasang la kipas dinding tu kat khemah2 setiap penjuru supaya orang rmai yang menunggu hidangan sampai xla kepanasan n anak2 xbuat perangai..










Gambar tak berapa elok la sebab ambil dengan hand set dah tu cahaya pun kurang kan.. Handset cap ayam je pon hehehehehe.. selain siput kami order sotong kangkung juga.. tu pun dah habis siput baru sotong sampai.. Lepas remind lg sekali hehehehe... dah tak terlayan dah dorang pun xmenang tangan.





Sotong kangkung dia pun sedap.. So boleh la try kalau korang nak p.. Ni saja dulu ye.. Bye..

Wednesday, 18 June 2014

Laksa Tempurung, Teluk Kumbar Penang

Assalamualaikum....

Korang pernah dengar laksa tempurung tak.. Laksa kompom la kan semua orang tahu kan.. Hehehehehe.... Tapi ni laksa yang dijamu dihidang dalam tempurung..


Ha nindia gambarnya.. macam ni la cara dorang serve kepada customer..  Menu yang disediakan laksa, cendol dan ais kacang.. Selain tu ada la air sirap dengan air bergas.. Itu je la kot.. Tepi gerai ni ada la orang juai buah-buah... durian rambuatn manggis petai.. so boleh la beli mkn terus kat situ








budak ni marah sebab baru nk tidor kena gerak makan hehehehe



Tapi kat sini je layang dorang kena improve.. dari segi servis dorang. Bayangkan kami sampai mula-mula tu meja full.. Ok la tggu tepi jalan tu sampai orang bangun.. Dah tu dah duduk ada budak tu mai clear meja... Aida pon place la order.. Dia kata ok.. Tggu dalam 15 minit mai pula tanya kak order apa tadi... Aik boleh lupa plak padahal dah lama tunggu.. Order pl lagi sekali.. Tunggu lagi.. Dah tunggu boleh pula yg lain pl mai tnya td order apa.. Amboi aih.. Nak kena tulis sendiri ka nk mkn apa tempek kat depan tu.. haru sungguh la.. Dah tu orang yang lambat datang pulak boleh dapat order dulu.. Hurm sabo jela.. Padahal kalau ikutkan menu yang dia buat semua jenis cedok2 je xyah nk tggu masak ke apa yang lama sangat tu.

dah lama skit baru la pesanan kami sampai.. So kalau skala dari 1-5 nk bg 1 tuk servis pon agak teragak skit kot.. Orang lain yang makan sebelah meja kami pun mengeluh juga.. Dia cakap fail la servis. dari segi rasa kalau bagi 1-5 saya boleh bagi 1.5 kot...

Kiranya laksa tempurung ni glamor sebab tempurung je la mungkin.. atau pun time kami p memang agak kureng skit.. Wallahuallam.. Hehehehe.. Apa-apa pun korang boleh je try p sana and rasai sendiri.. Tapi penyediaan memang kreatif la kan.. Yang tu kredit la tuk pengusaha nya..








Kuantiti sedikit je la dapat dalam satu tempurung tu sebab kan tempurung kecil ja.. Tapi kalau banyak tak tahu la mampu habiskan ke tak.. Ni bnyk ni pun jenuh nak habiskan semangkuk tu hahahaha.. Pas tu pekena pula buah.. Jiran sebelah meja belanja hahahaha



tgok izzara tu dok langut nganga mulut minta makanan.. dah mcm anak burung dah

anak burung kena suap makan hahahahaha











Durian balik pulau kan... of course la yang terbaeeekkkk.... Harga wallahuallam xtnya pula kat penjual tu hehehehe... Yang ni orang belanja belasah je la kan..

Ok its time to go back.. Perut dah kenyang dah senang hati.. sampai naik mengah makan buah hahahaha... Bye...